![](http://photos1.blogger.com/blogger/8110/3035/320/nikah2.1.jpg)
Mutiara kata perkahwinan
"Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti tuntutan-tuntutannya.Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat.Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya."Renungkanlah......
Memilih pasangan hidup
"Kebanyakan daripada rumah tangga runtuh - yang bermasalah sejak hari pertama - tak lain tak bukan kerana kedua-dua orang yang terlibat tersalah pilih pasangan.Pilihan pasangan hidup anda adalah lebih penting daripada apa jua yang anda lakukan untuk membahagiakan rumah tangga anda. Itu mungkin bunyinya seperti mudah sahaja dilakukan, tetapi anda akan terkejut dengan peratusan tinggi orang yang tidak sabar-sabar melangsungkan perkahwinan sehingga mereka tidak menumpukan masa dan usaha yang diperlukan untuk membuiat keputusan yang baik.Jika anda inginkan perkahwinan anda ingin memastikan perkahwinan yang memuaskan dan berkekalan, timbangkan faktor-faktor barikut:
(1) TEMPOH MASA PERKENALAN
Kajian menunjukkan bahawa pasangan yang telah berkenalan selama dua tahun atau lebih kesemuanya lebih berpuas hati dengan perkahwinan berbanding pasangan yang berkenalan dalam jangka masa yang pendek. Apabila pasangan bersedia mengambil keputusan yang melibatkan perkahwinan selepas hanya berkenalan selama beberapa bulan, keputusan itu kebanyakannya lebih berdasarkan khayalan dan kurang berdasarkan hakikat.But i wonder.... what about those yang dijodohkan oleh ibu bapa? Like they also didn't know each other well. And summore, they dunno each other background and probably kenal each other after they kahwin. So, how's that explain masa perkenalan mereka? Isn't it the same as berkenal dalam tempoh masa yang pendek?
* tak tentu juga fakta nih... aku kenal ngan Hubby aku dalam masa 3 bulan ja sebelum mengikat tali pertunangan dan kami bahagia dengan rumahtangga yg dibina..dan kami harap kebahagiaan ini kekal selamanya...
(2) MEMILIH PASANGAN SENDIRI
Orang yang sering memilih pasangan semata-mata untuk menggembirakan orang lain - ayah, ibu, atau kerana orang menyuruh mereka berkahwin ekoran daripada keterlanjuran dan sebagainya. Tetapi amat penting agar orang yang hendak kahwin itu sendiri gembira dengan pilihannya. Keputusan anda hendaklah dibuat barasaskan keperluan dan impian anda sendiri. Anda juga patut mendengar pendapat sahabat handai dan kaum keluarga dengan teliti, tapi jangan sampai biarkan orang lain memilih pasangan hidup anda.I agree with the last one. Jangan sampai biarkan orang lain memilih pasangan hidup anda, unless you want them to choose for you. That's a different case. But I still not happy with this. Orang dulu-dulu kan kalau kahwin orang pilihkan kan. But they are still happy and their marriage still stay strong. (Kebanyakan arh..) So, how do you explain that? Maybe becoz zaman dah berubah issit?
(3) HARAPAN YANG TIDAK WAJAR TENTANG PERKAHWINAN
Kebanyakan rumah tangga gagal kerana tidak mendapat apa yang mereka impikan sebelum berkahwin. Ramai lelaki dan wanita memasuki alam perkahwinan dengan sangkaan bahawa pasangan mereka akan memenuhi semua keperluan mereka dan bahawa perasaan romantik mereka semasa bercinta kekal abadi. Sebenarnya, rumah tangga yang bahagia memerlukan begitu banyak usaha, kesabaran dan ketabahan.